RONDAAN ABC-19 (AGEN BASMI COVID-19) DAERAH HILIR PERAK

APM HILIR PERAK, 3 OGOS 2021 - Program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) dan Promosi Pendaftaran Vaksin yang telah mendapat sambutan serta kerjasama baik daripada orang ramai begitu juga dengan komuniti setempat. Ini telah melibatkan beberapa premis perniagaan antaranya gerai makan, kedai runcit, bengkel dan perkakasan. Penekanan berkenaan pematuhan SOP yang berterusan diterapkan sepanjang program berlangsung dalam usaha melandaikan keluk penularan covid-19.

                                        

Antara kawasan pemantauan pematuhan SOP Team A - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 1x PDRM ialah :-  Kawasan Pekan Teluk Intan, Kampung Selabak, Kampung Banjar, Jalan Maharaja Lela dan Jalan Padang Tembak.

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin yang dibuat oleh Team B - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :- Bandar Baru Teluk Intan, Jalan Maharaja Lela, Jalan Pasir Berdamar dan Pekan Teluk Intan.


                                       
Antara kawasan rondaan yang telah dibuat oleh Team C - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 1xPDRM  ialah :- Sekitar Pekan Teluk Intan, Sekitar Bandar Baru, Jalan Hutan Melintang, Jalan Teluk Semenang, Jalan Changkat Jong, Jalan Kampung Banjar, Jalan Kampung Selabak dan Jalan Padang Tembak. 

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin yang telah dibuat oleh Team D - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :- Batak Rabit, Padang Tembak, Maharaja Lela dan Selabak Dalam.

Comments

Popular Posts