RONDAAN ABC-19 (AGEN BASMI COVID-19) DAERAH HILIR PERAK

APM HILIR PERAK, 5 OGOS 2021 - Program Agen Basmi Covid-19 dan Promosi Pendaftaran Vaksin yang telah mendapat sambutan serta kerjasama baik daripada orang ramai begitu juga dengan komuniti setempat. Ini telah melibatkan beberapa premis perniagaan antaranya gerai makan, kedai runcit, bengkel dan perkakasan. Penekanan berkenaan pematuhan SOP yang berterusan diterapkan sepanjang program berlangsung dalam usaha melandaikan keluk penularan covid-19.

Antara kawasan pemantauan pematuhan SOP yang dibuat oleh Team A - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 1x PDRM ialah :- Kawasan Pekan Teluk Intan, Jalan Maharaja Lela, Bandar Baru Teluk Intan, Jalan Pasir Berdamar dan Pasar Besar Teluk Intan.

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin yang dibuat oleh Team B - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :- Kawasan Changkat Jong, Padang Tembak, Kampung Selabak dan Bandar Baru Teluk Intan.

Antara kawasan rondaan ABC-19 yang dibuat oleh Team C - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 1x PDRM ialah :- Jalan Changkat Jong, Jalan Sultan Abdullah, Pekan Teluk Intan dan Bandar Baru Teluk Intan.

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin yang dibuat oleh Team D - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :-  Kawasan Batak Rabit, Padang Tembak, Maharaja Lela dan Pekan Teluk Intan.


Comments

Popular Posts