RONDAAN ABC-19 (AGEN BASMI COVID-19) DAERAH HILIR PERAK

APM HILIR PERAK, 2 OGOS 2021 - Hebahan maklumat dan informasi serba terkini telah disalurkan melalui program Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) memberikan lebih pemahaman kepada pelbagai lapisan rakyat seterusnya menghindari mereka daripada risiko jangkitan wabak tersebut. Anggota APM Hilir Perak bersama pihak PDRM telah membuat rondaan agen basmi covid-19, promosi pendaftaran vaksin dan pemantauan pematuhan SOP di sekitar Hilir Perak. 


Antara kawasan pemantauan pematuhan SOP Team A - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 2x PDRM ialah :- Hospital Teluk Intan, Jalan Maharaja Lela, Kampung Selabak, Kampung Banjar dan Perumahan Batak Rabit.

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin covid yang telah dibuat oleh Team B - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :- Jalan Taman Ros, Jalan Kampung Banjar, Jalan Poh Long dan Jalan Changkat Jong.

Antara kawasan rondaan yang telah dibuat oleh Team C - Anggota (APM Hilir Perak) bersama 1x PDRM ialah :- Sekitar Bandar Baru, Jalan Taman Melor, Jalan Maharaja Lela, Jalan Kampung Banjar, Jalan Kampung Selabak dan Jalan Padang Tembak. 

Antara kawasan promosi pendaftaran vaksin yang telah dibuat oleh Team D - Anggota (APM Hilir Perak) ialah :- Jalan Changkat Jong, Kampung Selabak, Kampung Bahagia dan Pekan Teluk Intan.

Comments

Popular Posts