NEGERI PERAK FASA 1 BERALIH KE FASA 2 PPN

PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) -  adalah sebuah pelan dinamik yang sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa. Berdasarkan pendekatan 'Whole-Of -Nation', kerajaan menerusi Majlis Pemulihan Negara secara berterusan mengadakan sesi urus dengan semua pihak termasuk wakil-wakil dari parti politik serta pakar-pakar pelbagai bidang untuk memastikan pelaksanaan PPN mengambil kira semua aspek penting demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi. 

NEGERI BERALIH KE FASA 2 PPN : Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah


Dalam Fasa 2, antara senarai positif sektor yang dibenarkan beroperasi adalah : 
  1. Sektor Pembuatan :- Automotif (Kenderaan & Komponen), Getah, Seramik, Besi & Keluli, Kilang Perabot (bagi tujuan eksport) dan Simen (Waktu Beroperasi : 0800 pagi hingga 0800 malam)
  2. Sektor Perdagangan & Pengedaran :- Kedai Buku & Alat Tulis, Kedai Cuci Kereta, Komputer & Telekomunikasi, Barang Elektrik dan Kedai Gunting Rambut  (Waktu Beroperasi : 0800 pagi hingga 0800 malam)
  3. Pasar Tani & Pasar Pagi :- Sayur-sayuran, Buah-buahan, Barangan Runcit, Ayam proses, Makanan Laut dan Daging. Bagi Pasar Minggu, Pasar Malam, dan Pasar Tamu masih TIDAK DIBENARKAN. (Waktu Beroperasi : 0800 pagi hingga 0800 malam)
Manakala, operasi restoran dan premis makanan masih kekal dari jalam 6.00 pagi hingga 10.00 malam serta semua aktivit sukan dan rekreasi secara individu (tidaj bersentuhan fizikal) dibenarkan.



Comments

Popular Posts