APM HILIR PERAK

SEDIA PANTAS BERINTERGRITI
VISI: KOMPETEN DALAM PERLINDUNGAN KESELAMATAN DAN PENGURUSAN BENCANA 
MISI: MEMPERKASA KESIAPSIAGAAN AWAM UNTUK KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

PENDAHULUAN

Pertahanan Awam(APM)Daerah Hilir Perak telah berkembang dengan pesat sejak 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2009 hingga 2010, pejabat pertama yang dibuka dan terletak di Pusat GYM 1 Malaysia Teluk Intan (kini) ianya mula beroperasi dan diuruskan oleh seorang PPAD dan bersama 2 orang anggota sukarelawan tugas pejabat (ASTP). Pada awal tahun 2011 sehingga kini, Angkatan Pertahanan Awam Hilir Perak telah berpindah di Bangunan JKR, Jalan Abdul Hamid Teluk Intan. Pada tarikh 07/11/2011 bilik gerakan operasi telah dibuka selama 24 jam setiap hari dan diuruskan seramai 4 orang setiap shift. Kini Angkatan Pertahanan Awam Daerah telah melahirkan lebih 1,027 anggota sukarelawan yang telah menjalani latihan asas dan kini seramai 100 anggota yang masih aktif dalam Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak. Oleh demikian, APM Daerah Hilir Perak semakin dikenali dan sentiasa diperlukan oleh orang awam mahupun jabatan lain dalam perkhidmatan yang telah disediakan.

Comments

Popular Posts